Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

11 Mac 2009

kuching, sarawak - part I


ok.. ini adalah kunjungan ku kali yang kedua ke Bandar Kuching ini.. yang pertama dulu pada tahun 2000 (gi free jer sebab company trip opis lama..)

hari pertama : 28 feb 2009


flight ada 2 group.. first group (14 orang) dah berlepas awal, flight pukul 12 lebey.. (ada kisah drama nyaris tragis lah untuk first group tuh…)

kitorang yang group kedua (13 orang) nih berlepas dekat kul 6 petang (flight delay). So, kitorang sampai kat airport Kuching kul 7:30 ptg.. sampai kat sana, dua van dah menanti untuk bawa kitorang terus ke Satok – sebab tiap2 malam sabtu ada pasar minggu (kita sini kata pasal malam..) klu tak silap, pasar minggu satok nih mula pukul 3:00 petang sabtu sampai kul 12:00 tengah hari ahad.. macam2 lah barang ada dijual..



lepas berjalan-jalan di satok, kira-kira kul 10:00 kitorang dibawa balik ke kampong semarang.. ingatkan terus bawak ke rumah yang kitorang patut bermalam.. tapi tak, singgah dulu kat umah adik ipar aku nih (syukur namanya).. masa kitorang sampai, family dia tengah dok sediakan bunga telur untuk majlis khatam Quran esok pagi.. lepas selesai diorang wat keje-keje bunga telur tuh, rupa-rupanya, makan malam disediakan (adik aku dah siap soh beli makanan kat pasar satok tadi, sib baik tak beli banyak..) diorang pun hidangkan ler kitorang makan malam.. ada lauk midin, acar, ikan masak kicap & lauk lain yang aku pun tak sure apa..



lepas makan, kitorang yang group kedua nih pun gi arr bermalam di rumah sedara si syukor nih (kat depan umah dia ajer). Hrrmm… dah lewat malam baru nak mandi.. sejuk arr airnya.. dalam sejuk pun, mandi ler gak.. (dah terbiasa mandi air panas heater klu kat umah – waktu tengah hr pun kadang2 mandi air panas.. sabor ajelah..)


so, dekat kul 11 aku pun tido..


... akan bersambung nanti ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...