Untuk menulis tentang fotografi, tentu sekali saya bukan orangnya kerana saya tidak mempunyai pendidikan yang formal mengenainya. Namun dek kerana meminati bidang ini, tidak banyak pun, serba sedikit ilmu mengenainya perlulah kita ambil tahu juga, kan?
Okey.. Antara elemen-elemen penting di dalam sesuatu gambar yang kita ambil atau lihat adalah komposisi objek di dalam sesuatu gambar itu.. The rules of third adalah istilah yang digunakan, sebagai panduan / guidelines untuk kita mengenalpasti di mana duduk letaknya objek utama di dalam gambar yang hendak kita ambil..
Walaubagaimanapun, komposisi sesuatu gambar itu adalah terletak kepada pandangan dan selera seseorang yang melihatnya - mungkin ada yang menyukainya, mungkin juga ada yang tidak.. Apapun, terpulang kepada kreativiti anda sebagai jurugambar untuk menjadikan gambar yang diambil menarik hati dan memberikan kesan kepada mereka yang melihatnya.
Gambar-gambar ini adalah antara koleksi gambar yang saya ambil beberapa tahun yang lalu.. sayang sekali PC lama saya sudah rosak.. sampai sekarang tidak diformatkan lagi.. hilang semua koleksi gambar-gambar dulu.. huhu.. nasib baik ada upload dalam fotopages.
For more info on the rules of third, please visit here :
http://www.betterphoto.com/exploring/tips/thirds.asp
http://www.slidescanning.com/articles/Photography-Rules-of-Composition.htm
http://www.photographytips.com/page.cfm/6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)