Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

19 Julai 2009

resipi - tom yam campur


menu makan tengah hari kami hari ni ialah... tom yam campur ngan ikan goreng ajer.. aku tak pernah masak tom yam sebelum nih.. nih kira fes time aku masak tom yam untuk en. m.. senang ajer nak wat pun.. ;)

bahan-bahan (untuk 4 orang) :

1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
6 biji cili padi - tumbuk
2 batang serai - tumbuk
lengkuas - tumbuk
daun limau purut
1 biji limau nipis
udang
kobis
lobak merah
cendawan
jagung
2 sudu besar tom yam paste

cara-cara memasak :
  1. Didihkan lebih kurang 1/4 air dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, lengkuas dan daun limau purut. Biarkan hingga naik bau.
  2. Masukkan tom yam paste.
  3. Kemudian, masukkan ler udang.
  4. Seterusnya, masukkan sayur-sayuran.
  5. Lepas tu, perahkan air limau
  6. Sesambil tuh, rasa-rasa lah ikut selera masing-masing.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Komen en. m : "okey.. boleh tahan.. lain kali nanti, lebihkan cabai burung (cili padi).. kurang pedas lar.. tak yah masukkan jagung.. ilang rasa tomyam.. " huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...