bila mood rajin tengah datang, macam-macam benda nak kita masak ekk..
memandangkan aku tengah rajin untuk mencuba resipi-resipi baru, maka dinner pulak ialah .. black pepper chicken chop (BPCC)..
en. m keje petang nih.. kul 3:00 dah kuar sebab kene amik APP di KLIA kul 6:30 petang.. asalnya nak ikut singgah di KJ.. but then niat nak memasak BPCC ngan kentang
okey.. resipi BPCC nih aku copy dari myresipi.. cubalah yer..
Bahan-bahan (untuk 2 orang) (untuk perap) :
2 paha ayam (ikut suka nak amik part mana yer)
2 ulas bawang putih - cincang
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
cara - cara :
- gaulkan ayam dengan bahan-bahan perapan. cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat diserap dengan elok. biarkan semalaman.
- selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. goreng dengan minyak yang sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam separuh masak.
- balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jangan terlalu masak agar ayam tetap juicy..)
- lebihan bahan perapan tadi boleh dijadikan sos untuk dituangkan ke atas ayam yang dah siap.
sos black pepper :
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 biji cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa
cara - cara :
panaskan lebihan perapan ayam tadi dan bahan-bahan sos di atas selama seminit dan adjust lar kepekatannya dengan menambah air, garam dan gula secukup rasa..
ermm.. untuk kentang
terliur plak tgk gambar tu..
BalasPadam