Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

26 Disember 2016

My Untold Story (dari Gred N9 ke N41 dengan KPSL) Part II


Pic source - Google

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas pada hari ini.
Dah lama berhajat hendak sambung entry pasal My Untold Story. Sudah enam bulan hajat tertangguh! HaHa..

Nak tulis panjang lebar macam malas pulak.. Buat ringkas-ringkas saja boleh?

My Untold Story (Part I)

Sebenarnya, apa yang berlaku bermula dengan matlamat kita (dengan izin Allah jua).. Masa saya mula berkhidmat dulu, saya tidak ambil kisah sangat pasal skim-skim perjawatan dalam perkhidmatan awam. Tetapi setelah dilantik tetap di jawatan PT N9 ketika itu, saya mula memahami saluran untuk meningkat ke jawatan yang lebih tinggi untuk kakitangan yang tidak mempunyai kelayakan akademik ke jawatan berkenaan. Iaitu dengan mengambil peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).

Saya pernah bermatlamat bahawa saya akan berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya Gred N41 (Pegawai Tadbir) sebelum saya pencen (option 56 tahun kot!).. Mungkin dari situ, secara tidak langsung, matlamat yang telah kita tetapkan dulu tercapai tanpa kita perasan.. Maka, benarlah bahawa, jika kita hendak mencapai sesuatu, tetapkan matlamat.. dan berusaha ke arah untuk mencapai matlamat tersebut. InsyaAllah, dengan izin Allah jua, ia akan tercapai..

Selain itu, kita niatkan juga, dengan kita meningkat ke jawatan lebih tinggi, semoga jawatan yang sedia ada disandang boleh memberi rezeki kepada rakan-rakan lain untuk berada di jawatan tersebut pula...

Berbalik kepada kisah ketika di jawatan PT, bila dah sah jawatan gred N9, saya ambil exam KPSL N27. Kalau tak sila saya ambil dua kali sebab paper Bahagian II gagal masa first time ambil. Lepas ambil kali kedua, baru lulus.

Tahun 2008, saya mohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di agensi yang sama. Rezeki selepas dua tahun menyandang jawatan Penyelia Pembantu Tadbir Gred N22. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.. Saya pun dapat menyandang jawatan tersebut.. Ni kira hadiah hari lahir sebab tarikh lantikan bermula 1 Jun 2008.. Hari lahir saya 2 Jun..

Lepas tu, tahun 2011, dinaikkan pangkat ke Gred N32.. Dalam tempoh ini, saya ambil KPSL N41. Exam KPSL N41 ni tiga kali ambil. Paper Bahagian I dan II gagal masa first time ambil. Paper Bahagian III sekali ambil je..

So, masa tahun 2012 kot, lulus exam KPSL.. Tahun 2013 mohon jawatan N41 di agensi yang sama juga. Dapat jadi calon simpanan je.. Tak apalah.. Saja cuba-cuba.. Lepas tu, awal 2014, since masih dalam tempoh simpanan, dapat tawaran untuk menyandang jawatan N41 sebab ada officer lepaskan jawatan.. Maka, saya pun ambil tawaran itu.. Dan bermula dari 1 April 2014, bermulalah perkhidmatan saya sebagai Pegawai Tadbir Gred N41.. Alhamdulillah..

Gitu lah kisah kerjaya saya di perkhidmatan awam ini.. So, memandangkan saya berkhidmat di agensi berkaitan pendidikan tinggi, rasa macam tak best pulak officer tak ada degree. Makanya, awal tahun 2015, mendaftarlah saya di UKM jadi pelajar part-time Sabtu dan Ahad ambil BBA.. hehe..


Apa yang nak disampaikan di sini adalah, apa-apa yang kita capai hari ini adalah bermula dengan apa yang telah kita tetapkan iaitu matlamat hala tuju kita.. Ia mungkin boleh dicapai dalam masa yang singkat, boleh juga dalam masa yang lebih lama.. Apa-apa yang berlaku adalah atas izin-Nya jua..

Begitulah adanya.. Sekian kisah saya.. Terima kasih sudi baca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...