Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

27 Disember 2016

Cara Mudah Memperbaharui Passport Secara Online Menerusi MyIMMs e-Services

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas kurniaan memberikan kita peluang untuk terus menikmati kehidupan di dunia ini.

Entry kali ini saya nak kongsikan cara mudah untuk memperbaharui passport secara online menerusi MyIMMs e-Services.



Passport saya sudah tamat tempoh pada tahun 2014. Memandangkan ada perancangan untuk keluar negara pada tahun 2017, maka pada 20 Disember 2016 lepas, saya renew passport saya secara online di laman web di atas. Sangat mudah dan yang penting tidak perlu beratur awal dan panjang di pejabat imigresen untuk ambil nombor!

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sediakan softcopy gambar pasport seperti spesifikasi yang dinyatakan iaitu:



Ada kedai gambar yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar dan setkan softcopy mengikut spesifikasi ini. Pastikan gambar anda itu adalah sekurang-kurangnya 3 bulan terkini. Saiz gambar pula pastikan minimum 100kb dan maksimum 300kb.

2. Sila ke laman web MyIMMs e-Service.

3. Klik AGREE jika anda setuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan pada laman tersebut.

4. Paparan seterusnya adalah seperti gambar di bawah ini:


5. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu no. passport terdahulu dan no. kad pengenalan. Untuk cawangan pejabat imigresen yang dikehendaki, anda boleh pilih melalui senarai yang dipaparkan.


6. Kemudian, klik SEARCH.

7. Setelah itu, suatu paparan untuk anda upload gambar anda serta butiran peribadi akan dipaparkan. (maaf, untuk laman ini saya tidak dapat hendak kongsikan sebab dah renew so butiran terdahulu tiada).

8. Setelah anda memuat naik gambar anda, membuat pengesahan butiran diri, boleh klik PROCEED FOR PAYMENT. Untuk membuat bayaran, buat masa ini sistem hanya menerima bayaran melalui kad kredit sahaja.

9. Setelah bayaran selesai, sistem akan memaparkan butiran permohonan anda seperti gambar di bawah.


10.  Cetak resit berkenaan. Bawa bersama-sama anda resit tersebut, passport lama dan kad pengenalan di pejabat imigresen yang telah anda pilih.

11. Di pejabat imigresen, anda boleh terus serahkan resit untuk pengambilan passport baharu. Anda perlu menurunkan tandatangan dan mengimbas cap jari anda di pejabat tersebut pada hari pengambilan. Sebab itu, anda tidak boleh menghantar wakil untuk mengambil passport anda.

Nah, mudah sahaja bukan? Urusan di pejabat imigresen saya hanya mengambil masa kurang satu jam sahaja (saya ambil di Kelana Jaya. Jam 11.40 pagi tiba, pukul 12 lebih selesai termasuk sedikit ganguan kerana offline untuk 10 minit).

Semoga membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...