sudah lama saya tidak menulis tentang resipi, kan?
hari ini saya cuti. ada urusan di KJ. bergerak daripada rumah emak ke putra perdana hampir pukul 3.45 petang. sampai rumah, tiba-tiba macam rajin pulak nak buat juadah minum petang untuk en. miorku. makanya, berdetik lah hati nak masak cekodok.. bukan cekodok bawang atau ikan bilis, tapi cekodok kurma..
bahan yang digunakan hanya kurma yang dicincang, tepung gandum, sedikit garam dan sebiji telur untuk cekodok yang kenyal.
sedap.. dan baunya harum semasa digoreng.. cubalah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)