Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

22 Mac 2010

ehh.. eh..

owhh... 20hb lepas adalah besday abah yg ke-75. Maafkan aku abah, aku terlupa nak wish bapakku.. nanti org belanja abah makan pizza ye.. heee..

Okey.. pada n3 kali nih, aku nak citer pasal dunia kerjaya pulak.. diam tak diam, dah sembilan tahun aku mencari rezeki kat tempat aku keje skang nih.. eh.. eh.. kejap jer rasa.. sunggoh pantas masa berlalu..



5 feb 2001 tarikh aku lapor diri.. hari pertama berkhidmat dalam dunia perkhidmatan awam sebagai pekerja khidmat singkat (PKS).. gaji ikut jam.. adalah dalam dua bulan cam tu keadaannya.. lepas tu, dalam bulan april, aku diserapkan sebagai staf berjawatan kontrak.. lagi sebulan jer nak cukup setahun, Alhamdulillah dapat dilantik jadi staf tetap pada 2002..


Hhrrmm.. bermula dari saat pertama menjejakkan kaki di sini, macam-macam pengalaman yang aku timba dan lalui.. berkawan dengan rakan-rakan yang sporting dan understanding.. dapat bekerja @ berkursus luar daerah.. bertemu jodoh.. dan.. pastinya terpilih untuk menyertai Malaysian Korea Youth Exchange Programme pada tahun 2004 adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.. dapat jugak terbang ke negara orang.. (tak sangka gak selepas kecundang tak abis blajar untuk sambung ke US.. hikmah tu)..




Banyak lagi nak diceritakan tapi… tak cukup nak tulis satu n3 nih!

Tak apa lah.. doaku, selagi ada rezeki ku di sini, aku akan cuba berkerja dengan sebaiknya dan selagi aku mampu akan ku berikan khidmat yang sepatutnya.. kadang-kadang, aku berharap juga kalau dapat ku curahkan khidmat di agensi atau jabatan lain pula.. dapat lah mencuba sesuatu yang baru.. org kata tukar angin ler pulak..

Papepun.. hidup perlu diteruskan..

aku akan terus berusaha meningkatkan kerjaya yang ada ke tahap yang lebih baik.. nak sambung belajar lagi cam malas le pulak sebab dah dua kali cuba apply IPTA tak berjaya.. so, gunakanlah peluang yang disediakan oleh kerajaan iaitu KPSL.. hehe..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...