ok.. so, hr ahad 22hb tu.. en. m bawak lah mak & anak buah dia si farah gi jenjalan.. memule kami gi nilai 2 dulu.. sesaja cuci mata tengok karpet & kain.. aku pun beli gak ler kain murah sepasang.. lepas ler wat baju keje..
pehtuh, kitorang gi lar putrajaya.. singgah solat zohor di masjid besi..
masjid besi, yang kini dikenali nama sebagai Masjid Tuanku Zainal Abidin terletak di precint 3 putrajaya..
masjid ini dikatakan mempunyai keluasan sekali ganda berbanding masjid putra, putrajaya.
yang menariknya tentang masjid ini ialah terdapatnya kolam air disekeliling ruang solat di tingkat 2.
masjid nih masih tidak siap sepenuhnya..
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium BernabĂ©u di dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris. Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ayat ke-80. (sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)