Majlis bermula selepas zohor.. kira-kira pukul 2:00 petang, rombongan pihak lelaki tiba dengan 9 dulang hantaran.. setelah sesi perbincangan dijalankan, tiba lah pula masa untuk wakil pihak lelaki, iaitu mak en.m untuk menyarungkan cincin ke jari manis ku... satu pengalaman baru untuk aku.. sebabnya, semasa mak en.m masuk, bunga rampai dan air mawar di bawa bersama.. sebelum menyarungkan cincin, air mawar direnjis, bunga rampai ditabur ke arahku... lepas tuh, mak en.m bagi aku duit RM10.00.. pastuh, kakak dia, kakak ipar dia, makcik-makcik dia pun wat benda yang sama lah cam mak dia wat tadi... renjis air mawar & tabur bunga rampai, lepas salam hulur ler duit kat aku sket... memang adat belah perak ghuper itu yek..
makanya, selesai upacara menyarung cincin, aku telah menjadi tunangan orang ler pulak... insyaAllah, majlis pernikahan dijangka pada hujung Mei tahun 2009...
macam mimpi pulak.. tak sangka, akhirnya saat-saat ini kulalui jua.. sekarang, aku perlu persiapkan diri & minda untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya... selepas nih, lebih besar tanggungjawab and banyak pihak yang perlu dijagai hatinya...
semoga ikatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya... aminn..
untuk melihat gambar-gambar yang tak seberapa, sudi-sudikanlah lawat fotopages aku kat sini.
cincin itu
to anor, tq 4 preparing d hantaran... to along n kak liza, tq sponsor air & buah-buahan... to alin, tq sebab bg pinjam bilik & tenaga arr (kene gi kedai & macam2 laa..) tq gak to my other sibling cam abg joey, ina, amy, aman & kak zizah jugak... tq gak untuk makndak d chef.. eventhough dia tak baca, tak kisah ler.. tq gak pada pakcik2 & makcik2 ku yang telah membantu melancarkan majlis pertunanganku ini..
to kak zura & cik sumi, tqvm for coming.. yang lain-lain tak dapat datang sebab balik kampung & terikat ngan komitmen lain.. aku pun tak jemput ramai... pada kawan-kawan yang aku tak sempat nak jemput, maaf banyak-banyak... majlis kecil-kecilan ajer... kenduri kawen nanti, insyaAllah, semua akan ku undang... :)
Btw, salam Maal Hijrah untuk semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)