Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

14 Mei 2017

I'm a Backpacker: Japan oleh Kamal Zharif

Assalamualaikum.

Untuk setahun dua ini saya agak jarang beli buku.. Ini adalah buku yang baru di beli pada tahun ini (rasanya...)!



I'm a Backpacker: Japan - Kamal Zharif.

Kenapa saya beli buku ini?
  1. InsyaAllah kalau Allah izinkan, panjang umur saya memang hendak ke daerah Kansai di Jepun pada tahun 2018.
  2. Selepas habis belajar, kalau panjang umur juga, saya hendak ke Jepun setiap tahun, melawat daerah-daerah lain di Jepun.
  3. Untuk meneliti isi kandungan buku ini.
Saya beli buku ini ecara online melalui laman web Book Cafe. Walaupun maklumat-maklumat yang dikongsikan boleh didapati di laman web, tapi saya ni jenis orang yang suka baca hardcopy, makanya, saya order saja buku ini.

Walaupun beli online, dapat juga original signature penulis.


Kandungan buku terbahagi kepada 5 Bab iaitu:

Bab 1 - Tentang Tokyo
Bab ini menyentuh serba sedikit tentang masyarakat Jepun, bahasa Jepun dan sistem tulisan dan matawang Jepun.

Bab 2 - Musim-musim di Jepun
Butiran tentang empat musim di Jepun.

Bab 3 - Sejarah Jepun
Bab ini menceritakan tentang faktor geografi, sejarah serta amalan-amalan di Jepun.

Bab 4 - Survival Skill
Memberi tips tentang pemilihan penginapan, tukaran wang, selepas ketibaan, perbualan dan komunikasi, pengangkutan awam, makanan, membeli-belah, solat, tandas dan kecemasan.

Bab 5 - Menjelajahi Jepun
Menyentuh tentang beberapa tempat menarik di Jepun yang boleh dilawati selain contoh itinerary juga dikongsikan.

Sekiranya anda bercadang untuk ke Jepun, usah lepaskan peluang untuk memiliki buku ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...