Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki Allah yang telah diberikan kepada kita semua pada hari ini.
Okey.. Mari saya sambung catatan perjalanan trip singkat 2 hari 1 malam saya dan en. miorku ke Tokyo pada
5 hingga 7 Januari 2017.
Untuk Part I boleh klik
SINI.
5 Januari 2017 (Khamis)
Kami bertolak dari rumah di Bandar Saujana Putra kira-kira pukul 6.30 petang.
Sister in Law (SIL) minta kami sampai awal sebelum 8.30 malam sebab kaunter
standby akan dibuka waktu itu. Dalam pukul 7 malam kami pun tiba di KLIA.
Sementara hendak menunggu kaunter
standby dibuka, kami pergi mengalas perut dahulu. Dalam pukul 8.45 malam macam tu, SIL dan suaminya ke tiket
standby untuk dapatkan
boarding pass.. Saya dan en. miorku hanya menunggu di kerusi berhampiran dengan penuh harapan semoga ada
seat untuk kami.
Selepas beberapa minit kemudian, SIL datang dengan
boarding pass. Alhamdulillah. Lega bila dah dapat pegang
boarding pass depan mata. Maknanya memang
confirm kami akan terbang ke
Tokyo malam ini.. Sukanya! Tak sabar nak naik pesawat! Haha.
Tanpa berlengah, kami terus mendaftarkan diri ke balai berlepas.. Sementara menunggu waktu untuk
gate C26 dibuka, kami ke surau menunaikan solat.
Kira-kira pukul 10.40 malam,
gate C26 dibuka. 5 minit kemudian, panggilan untuk menaiki pesawat pun dibuat oleh petugas MAS. Rezeki saya dan en. miorku dapat
seat berdua di
row kedua terakhir dan SIL serta suaminya di depan kami.
Penerbangan MH0088 KUL -NRT berlepas dari KLIA pada jam 11.35 malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit untuk tiba di Narita Airport.
|
Lite snack yang disediakan selepas sejam berlepas. |
|
Lebih kurang 1 jam lagi nak sampai! |
|
Early breakfast pukul 5 pagi! Ini saya punya - chicken teriyaki. |
|
Ini en. miorku punya. Omelette. |
6 Januari 2017 (Jumaat)
Kami tiba di
Narita Airport kira-kira pukul 7 pagi waktu
Tokyo. Satu jam lebih awal dari Malaysia. Ketibaan kami disambut dengan cuaca pada suhu -4 darjah selsius.. Biasalah, sesampai di Terminal 2, tandas perlu dicari dahulu. Mujur ada tandas yang menyediakan air pancut untuk membersihkan kawasan sulit. Tak perlulah nak isi air dalam botol. Masa ini juga saya siap-siap pakai
inner dan tukar stokin
wool.
|
Pastikan pilih toilet yang ada sediakan shower / bidet macam gambar. Kalau tak, sila sediakan botol kosong. |
Urusan di kaunter imigresen tidak mengambil masa yang lama. Cumanya kami perlu beratur kira-kira 15 minit untuk sampai ke giliran. Setiap pelancong yang datang akan diberikan
Disembarkation Card For Foreigner dan
Customs Declaration oleh pramugari sebelum mendarat. Pastikan borang ini diisi dengan lengkap agar tidak kena tahan dan disoal siasat oleh pihak imigresen di sana. Pengalaman SIL yang ke
Tokyo tahun lepas, beliau suami isteri di soal siasat hanya kerana menulis untuk berada di
Tokyo untuk 2 hari. So, untuk trip ini kami isi sebagai 4 hari untuk mengelakkan perkara tersebut berulang.
Ada juga pengalaman seseorang di
Road to Japan yang mana beliau tidak isi butiran tempat penginapan (kes redah kasi pecah tak sempat book hotel kot), beliau telah disoal siasat dan ditahan di imigresen semalaman. Dan beliau dihantar pulang ke KL esoknya! So, kepada anda yang berhajat untuk ke
Jepun (atau ke mana-mana negara sekalipun), pastikan butiran tempat tinggal semasa berada di negara berkenaan tidak dibiarkan kosong! Pihak imigresen mereka agak ketat berhubung perkara ini. Antaranya mungkin untuk mengelakkan berlaku kes-kes pendatang tanpa tujuan / menjadi gelandangan. Take note ya!
Sebelum kami membeli tiket untuk ke bandar, SIL singgah dahulu mengambil pocket wifi di airport. SIL guna Ninja Wifi dengan bayaran RM115 untuk tempoh 2 hari.
Oh ya.. Untuk makluman, Jepun kini semakin
Muslim friendly. Di tingkat 2 Terminal 2 ini ada disediakan ruang untuk solat dengan tempat mengambil wuduk di dalam. Cumanya untuk muslimat tiada telekung disediakan.
|
Prayer room. |
Kemudian, kami terus ke kaunter
Keisei Station untuk membeli tiket ke
Keisei Ueno Station. Kami membeli tiket
Keisei Morningliner (1440 yen/ person = RM55.44) yang akan berlepas pada pukul 8.41 pagi. Petugas kaunter syorkan kami beli tiket ini kerana tambang
Morningliner lebih murah disebabkan
train ini berhenti di 6 stesen sebelum berakhir di
Keisei Ueno Station.
Train akan mengambil masa 45 minit untuk ke
Keisei Ueno Station.
|
Train berlepas dari lane 3. |
|
Seat kami berada di gerabak 6. |
Kami tiba di
Keisei Ueno Station lebih kurang pukul 10.00 pagi waktu
Tokyo. Kami berjalan kaki ke
Ueno Station berdekatan untuk simpan beg di
locker yang banyak disediakan. Hendak terus ke hotel penginapan, belum masa untuk
check-in lagi. Kos sewaan locker saiz sederhana adalah 400 yen untuk sehari (RM15.40). Selepas itu kami beli pula kad
Suica untuk kegunaan menaiki train nanti. Kad
Suica macam kad Touch 'n Go. Beli 1000 yen (RM38.50). Tapi 500 yen sahaja yang boleh guna sementara 500 yen lagi macam deposit kad lah.. So, kami perlu
topup 1000 yen untuk memudahkan perjalanan nanti.
|
Keisei Ueno Station. |
|
Locker yang disediakan di Ueno Station. |
|
Simpan resit untuk claim bag menggunakan no. pin. |
|
Kad suica. Boleh dipulangkan dan refund 500 yen akan diberikan semula. |
Kemudian kami terus berjalan ke
Yodobashi Camera Ueno yang terletak di seberang sahaja dengan
Ueno Station. Tujuannya? SIL dan suaminya mencari jam
G-Shock yang ditempah oleh rakan-rakan mereka. Itulah tujuan utama mereka ni nak ke
Tokyo!
|
G-Shock macam-macam model ada. |
|
Model-model Baby G. |
Setelah membeli beberapa jam yang diperlukan, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar
Ueno. Kami singgah di
Don Quijote Ueno Store. Tiada apa yang dibeli disini cuma beberapa pek biskut kapal dan meiji melty kiss untuk kudapan diri sendiri. Kat sini juga lah saya beli sarung tangan baharu 990 yen!
|
Don Q |
|
Handbags yang terdapat di Don Q |
Kami singgah juga di
Book Off berhampiran untuk melihat second hand
G-Shock di situ. Tapi tak banyak. Ada beberapa unit sahaja.
|
Book Off di Ueno. |
Lepas tu, kami makan tengah hari di
Ameyoko Street. Dekat sini ada gerai makanan halal iaitu nasi ayam dan kebab. Kami singgah makan nasi di
Chicken Man. Kedai halal lain di sebelah kiri dan kanan
Chicken Man pula ada jual kebab.
|
Zizan & Farah pun ada singgah sini. Ramai juga selebriti Malaysia makan di sini. |
|
Senarai menu. |
|
Saya order Kaarage Don. Sedap! 600 yen (RM23.10) |
|
En. miorku punya - nasi ayam. Sedap juga. |
Selesai makan, kami ke
Ueno Station semula untuk ke
Higashi Jujo Station di mana hotel penginapan kami berada. Keluar sahaja dari train, ambil
south exit.
Kami tempah bilik di
Flexstay Inn Higashi Jujo melalui
booking.com. Harga yang kami dapat adalah 2400 yen /
head / night (RM92.40). Perkara yang perlu diberi perhatian adalah hotel-hotel /
guesthouse / apartment airbnb di
Jepun dikira berdasarkan
per head, bukan
per room. So, kalau anda hendak menempah bilik di
Jepun, perlu
alert semak bebetul tang ni.
|
Dah sampai stesen Higashi Jujo. |
|
Nanti anda bawa pasport lama. Di setiap stesen ada disediakan cop macam ni. Jangan lupa cop tau! |
|
Cop biasanya di letak berhampiran information kaunter atau area keluar. |
|
Jalan sikit nak ke hotel. |
|
Ada 7-Eleven di hadapan hotel. |
|
Dah sampai. |
Biliknya sangat lah kecil. Sebelum datang sini, saya sempat juga baca
review tentang hotel ini.
Mostly kata macam tak berapa
best sebab kecil. Ada yang komen tentang kebersihan. Risau juga. Tapi bila dah sampai, rasanya bolehlah. Kami pun bukan nak duduk lepak dalam bilik.
Just nak ada tempat tidur je pun. Kira oklah ni. Kawasannya pun tak sibuk dan jarak dari stesen lebih kurang 200 meter sahaja.
|
Kad bilik. |
|
Koridor nak ke bilik. |
|
Lorong dalam bilik. |
|
Ada disediakan cerek untuk masak air. Gelas dan cawan juga disediakan. |
|
Ruang TV. |
|
Katil untuk 2 orang. Katil boleh dilipat untuk ruang yang lebih luas. |
|
Bilik air. Sabun, syampu dan berus gigi disediakan. |
|
Bidet. |
|
Depan hotel. |
Kami berehat sebentar di hotel untuk membersihkan diri dan solat. Kemudian pukul 3.00 petang kami keluar semula untuk ke
Omiya Station. Tujuan ke
Omiya pun hendak cari
G-Shock di kedai second hand
Book Off Super Bazaar.
|
Suasana dalam Omiya Station. |
|
Omiya Station |
|
Omiya Station. |
|
Omiya Station dari luar. Dah nak gelap. |
Kat sini en. miorku pun sambar 2 ketul jam
G-Shock dengan harga yang murah sesuai dengan
condition jam tersebut. Ada juga beberapa barangan yang menarik perhatian saya antaranya
wallet dan
handbag Coach. Dengan
condition yang masih baik dan harga yang agak murah
compared to beli di Malaysia. Tapi syukur tahap keimanan saya dalam ber
shopping masih boleh dikawal.. Hehe.. Klu tak, habis kad plastik kena
swipe.
|
Boss tengah QC jam G-Shock second hand. |
On the way turun dari
Book Off, kami singgah di
Daiso Japan dengan harga barangan 100 yen. Kalau dah
convert ke RM jadi 3.85 per item. Jangan lupa tambah 8%
tax so jadi 4.16. Murah lah ni dari beli kat
Daiso Malaysia jadi RM5.30!
Keluar je hari dah gelap. Kalau musim sejuk, bandar
Tokyo akan cepat gelap. Pukul 4.43 petang dah masuk waktu Maghrib. Lepas tu, dari
Omiya Station kami ke
Akihabara Station pula. Sebelum tu
topup lagi kad
Suica 1000 yen. Di
Akihabara ada kedai
Book Off. Tapi tak ada jam.
Branch yang ini hanya ada buku-buku dan CD sahaja.
|
Pemandangan di luar stesen Akihabara. |
|
Pemandangan di luar stesen Akihabara. |
|
Stesen Akihabara. Spot harus untuk bergambar. |
|
Pemandangan di luar stesen Akihabara. |
|
Kedai Book off . |
|
Apa lah yang sedap sangat tu sampai beratur panjang. |
|
Pemandangan di luar stesen Akihabara. Ramai orang. |
|
Gundam Cafe on the way nak ke Yodobashi Camera Akihabara. |
Selepas bergambar di kawasan sekitar stesen sekeping dua, kami ke
Yodobashi Camera di
Akihabara ni. SIL & suaminya mencari lagi 2-3 buah jam untuk tempahan yang belum dijumpai. Selesai urusan di sini, kami pun pulang semula ke
Higashi Jujo. Sedih tak dapat nak singgah ke
Shibuya untuk menikmati pemandangan
Shibuya
Crossing di waktu malam! Sebab masing-masing sudah keletihan.
Tapi sebelum tu, kami singgah dulu di
Ueno sebab SIL nak
tapau kebab untuk
dinner. Kononnya saya pula nak beli onigiri salmon di Family Mart berdekatan, tapi dah habis. So, beli air mineral sahaja.
|
Luar stesen Ueno. Lupa nak cari cop. |
|
Di mana-mana ada ramai orang. |
|
Tunggu lampu hijau untuk lintas jalan. |
Dari
Ueno Station kami ke
Higashi Jujo Station. Kira-kira pukul 8 malam kami tiba di hotel. Singgah dulu di 7-Eleven depan hotel beli
hot coffee en. miorku. Makan malam kami hanya makan roti yang dibawa siap-siap dari Malaysia. Alhamdulillah itu pun dah cukup buat kami.
Okey. Rasanya saya perlu berhenti di sini dulu untuk
entry ini. InsyaAllah nanti saya sambung ke Part III pula ya. Terima kasih sudi baca.