Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

30 September 2011

panduan hidup berjiran

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

artikel untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan.. dipetik dari web pakar how to.

Pada umumnya manusia suka hidup berteman. Suka berteman ini umumnya didorong oleh pelbagai perkara, diantaranya kerana naluri kemanusiaan yang memerlukan hidup berkumpul. Dari hidup berkumpul inilah manusia dapat memenuhi segala hajat mereka.
Pada ketika manusia memerlukan sebuah rumah, ia tidak akan dapat dibagunkan sekiranya ianya tidak dapat dibantu tanpa manusia yang lain. Pada manusia berfikir pula untuk mendapat keuntungan, maka sudah tentulah mereka akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti berniaga, menjadi buruh dan lain-lain lagi. Akhirnya terbentuklah sebuah manusia di dalam usaha memenuhi keperluan mereka sehari-hari. Mulai dari inilah terbentuk satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum, saling berhubungan kenal sebagai jiran tertangga.
Kehidupan berjiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlu juga sesekali cara hidup berjiran ini haruslah dipelajari kerana kerap juga berlaku sebuah keluarga berperang mulut dengan keluarga yang lain, bahkan kadang-kadang ia berlaku sampai ke tahap pukul-memukul. Sepatutnya perkara ini tidak wajar terjadi sekiranya di antara mereka benar-benar memahami apa itu sebenarnya kedudukan dan faedah hidup berjiran.

Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam tidak melupakan masalah berjiran ini di dalam ajaran baginda. Ini kerana baginda menganggap ia penting sehingga terdapat dalam hadis-hadisnya yang menerangkan peraturan berjiran…
Pada suatu hari baginda datang menemui Abu Zarr yang sedang memasak kuah. Baginda bersabda kepadanya: “Hai Abu Zarr, jika kamu memasak kuah, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tertanggamu dari masakanmu itu dengan baik”
Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:Hai wanita-wanita Muslima! Janganlah menganggap remeh merasa rendah memberi sedekah kepada jiran kamu, walaupun, sekadar kaki kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Biasanya terdapat segelintir orang yang membatalkan niatnya memberi sedekah kepada jiran kerana menganggap apa yang akan mereka berikan itu tidak ada harganya dan tidak layak. Padahal, jika kita mengikuti tuntutan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sabagaimana tersirat di dalam hadis diatas, bukanlah begitu caranya. Kita hendaklah menghargainya walaupun barang yang diberikan itu tidak seberapa harganya. Demikian juga pada jiran yang lain. Hilangkanlah prasangka-prasangka buruk yang tiada asasnya dan tidak pula ada hujung pangkalnya.
Sesungguhnya hadiah atau pemberian seseorang itu boleh menimbulkan rasa persaudaraan dan kasih sayang. Tidak mungkin seseorang akan memberi sesuatu kepada orang lain tanpa didorong seseorang mahu memberi sedekah kepada orang lain.
Dari Abi Syuraih al-Khusa’i Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam”. (Riwayat Muslim).
Renung-renungkanlah bersama..

27 September 2011

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


kredit foto : google lah kot..

Pada rakan pembaca yang selalu tonton TV Al Hijrah pasti kenal dengan ustaz Don Daniyal Don Biyajid.. Antara ustaz yang saya suka tonton di tv pada masa ini lar.. Nak jemput ustaz buat ceramah di pejabat, ada pulak beberapa halangan yang tidak munasabah berlaku.. Kalau boleh, sure best punya..

Semasa segmen tajwid bersama Ustaz Don Daniyal dalam rancangan Assalamualaikum hari sabtu lepas, ustaz Don ada maklumkan yang akan datang nanti, TV Alhijrah akan adakan satu rancangan 30 minit bersama ustaz Don setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dalam program tu untuk setiap hari Khamis, Ustaz Don akan adakan sesi khas pembelajaran Al-Quran dan Tajwid... InsyaAllah Ustaz akan mulakan dengan bacaan Al-Fatihah..

So, bersama-samalah kita nantikan program tu ke udara nanti, ok..

blog ustaz don yang tak update - THR3E THINGS REMAIN
facebook : Daniyal Biyajid
Page - Kami Suka Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


LATEST UPDATE:
Program 30 minit Ustaz Don
Setiap Hari Isnin hingga Rabu pukul 10.30 malam
Siaran Ulangan pada Hari Jumaat pukul 2.30 petang

menghitung hari

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

masa bujang, dok menghitung hari untuk menjadi isteri orang.. bila dah berkahwin, dok menghitung hari untuk perkara-perkara lain pula..

bagi kami suami isteri, sekarang ini dok menghitung hari untuk menatang sesuatu yang amat bernilai dalam hidup berumahtangga..

Peruntukan dan senarai yang perlu telah awal-awal disediakan.. menunggu masa untuk direalisasikan..

tak sabar menantikannya.. :)

20 September 2011

tip menjawab soalan KPSL

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Sesi untuk menduduki peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Gred N27 atau N41 telah pun tamat. Keputusan peperiksaan pun dah keluar, kan? Kepada rakan-rakan yang telah lulus kedua-dua kertas, tahniah lah yer..

Sekadar ingin mengisi blog yang agak tidak berapa nak selalu dikemaskini ni, maka saya paparkan lah serba sedikit tip yang boleh dikongsi untuk panduan rakan-rakan yang merancang untuk menduduki peperiksaan KPSL tahun hadapan.

Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah..

Tindakan yang perlu dibuat:

1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul.

2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin.

3. Rujuk perkara yang berkenaan.

4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan.

5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: Merujuk kepada Arahan Pentadbiran Bab C, Perkara 2.1 (a), ………….

6. Kalau rasa-rasa tak cukup masa, tulis dalam bentuk point dan berikan RUJUKAN. Ini yang penting.

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan, bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).

atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat .......



(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

JAWAPAN:

Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).

c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)

JAWAPAN:

Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).

(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)

JAWAPAN:

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).


Secara ringkas ini adalah kaedah  menjawab yang saya amalkan. InsyaAllah, kalau tepat jawapannya, lulus lah tuh.. Teruskan usaha ye..

Sekiranya kawan-kawan atau pembaca ada tip lain atau mahu komen tentang entri ini, silakanlah ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...