Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

02 Jun 2011

jun

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Diam tak diam, semalam kita telah pun melangkah ke bulan baru iaitu bulan Jun 2011. Pantas sekali masa berlalu, kan? Tengoklah... Tahun 2011 telah hampir separuh kita lalui.

Apa ada dengan bulan Jun? Hari ini, tanggal 2 Jun merupakan hari istimewa.. Hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 324 tahun.. :) Alhamdulillah.. Syukur pada Allah atas limpah dan kurniaNya, saya masih terus berpeluang untuk meneruskan kehidupan di dunia nan sementara ini. Esok? Tidak pasti... Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Lazimnya, saya amat jarang dan hampir tidak pernah meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran saya. Sejak dari kecil lagi pun, rasanya tidak pernah lah sambutan hari lahir saya diraikan. Jika ada pun, majlis diadakan secara kecil-kecilan bersama keluarga. Memadai dengan sebiji kek. Kemeriahan tetap dirasai.


Hari ini kebetulan bahagian tempat saya bertugas mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang berpindah ke bahagian lain, sekaligus turut meraikan hari lahir untuk staf yang menyambutnya pada April hingga Jun (ada yang diraikan in advance). Bagus juga majlis diadakan hari ini. Dapat saya menumpang menyambut hari lahir saya. Seronok juga dapat meraikannya bersama rakan-rakan.

Petang tadi, En. Miorku tanya.. "mahu dibelikan apa-apa?".."mahu berjalan-jalan ke Alamanda?".."mahu beli donut Big Apple?".. Saya hanya menggeleng. Saya tidak mahu apa-apa. Dan saya pun memang tidak harap apa-apa. Pada saya, ingatan tulus ikhlas melalui ucapan 'selamat hari lahir' sudah memadai. Tambahan pula, pertengahan bulan ini nanti kami akan berziarah ke AS. Lebih baik duit yang ada disimpan sebagai perbelanjaan di sana  nanti.

Begitulah berlalunya hari istimewa saya hari ini. Pada sesetengah orang, mungkin ia membosankan. Pada saya, tiada masalah. Yang penting, saya bahagia! :)

4 ulasan:

  1. Happy bday dear....mudah2an murah rezeki. saya pun xpernah celebrate bday besar2an...selalu keluar makan je. yup! yg penting happy :)

    BalasPadam
  2. hepi belated besday k.ana..sori xsmpat wish semlm..smga dipnjgkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia hendaknya...yes,hdup kena slalu happy..life is too short..penuhinya dgn kegembiraan & kebahagiaan bersama insan2 tsyg k..^_^ peace !!

    BalasPadam
  3. happy belated kak farah.. semoga bahagia selalu.. samelah ngan aida.. yang penting ingatan tulus ikhlas lebih bermakna.. lau kita mengharapkan sst pd org lain.. kita cam dah menyusahkan org untuk mengadakan harapan kita tu.. :)

    BalasPadam

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...