Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

30 Januari 2011

suami pulak masak

semalam pagi dalam pukul 11 saya singgah pejabat kejap. ada keje nak diselesaikan. ingatkan lepas tu nak gi Giant Kelana Jaya beli barang-barang dapur rumah mak dan singgah rumah KJ sekali lepas tu.. tapi berubah pulak rancangannya..

patutnya lepas hantar saya ke pejabat semalam, en. miorku nak bawa keretanya pergi servis. alih-alih lepas tu dia pun naik ke pejabat jugak.. malas katanya, nanti nak servis di KJ saja..

dalam kul 12 cam tu en. miorku kata dia lapar. so, dia pun gi lar beli nasi kandar zainol.. kami pun makan lar tengah hari di pejabat saja.. tau-taular dah lepas makan nasi kandar nih, mata pun berat.. so, en. miorku berehat-rehat lar kejap sambil saya teruskan wat keje-keje yang hendak diselesaikan. tup tup hari pun dah petang.. pukul 2 lebih kami gerak lar dari pejabat.

plan nak ke rumah mak pun tak jadi pulak.. tapi sempat lar tepon mak bgtau tak dapat nak singgah.

so, kami pun balik lar.. tapi singgah di putrajaya dulu servis kereta.

sebelum keluar dari rumah pagi tu en. miorku dah rancang nak masak ikan stim. haa.. itulah penangan @ hikmah daripada membeli buku 1 hari 1 resipi tu.. disebabkan oleh kesedapan melihat gambar-gambar dalam buku resipi tu ditambah dengan cara membuat yang mudah, so tetiba en. miorku jadi rajin nak memasak..

disebabkan hari pun dah petang, dan rasa kekenyangan nasi kandar masih ada lagi, kami singgah ke pasar raya dekat rumah dengan membeli sayur-sayuran ajer. en. miorku nak buat sup sayur.. "malam ni kita diet" katanya.. saya mestilah seronok dan gumbira sebab tak payah masak! leh lar saya lepak-lepak bersenang lenang menonton drama Tamra The Island kat 8TV.. hehehe..

so, dipendekkan cerita.. inilah dia hasil air tangan en. miorku.. :)



rasa : 4/5 bintang.. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...