Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

25 Mei 2009

menghitung hari


baju nikah


Diam tak diam, tinggal lebih kurang beberapa hari saja lagi status diri ku akan berubah.. gelaran cik bertukar menjadi puan..

Selama nih tanggungjawab lebih pada mak dan abah.. selepas 30 Mei nanti, tanggungjawab pada suami lah perlu diutamakan..

Aku akan mula bercuti pada 28 mei nanti hingga 16 Jun.. amboi aii!! Lamanya cuti.. well, nak wat camner.. cuti aku banyak.. dah ditolak cuti kahwin nih pun, cuti aku tahun nih masih berbaki 23 hari lagi.. klu boleh dijual cuti tuh, nak jugak aku jual pada sesaper yang nak..
Tapi.. oklah kan.. mulai tahun nih, aku dah ada kampung nak balik bila time raya.. nak tak nak, terguna juga cuti yang ada nanti..

Sepanjang bulan jun nanti pun, ramai sedara dan kenalan yang akan bernikah.. marwiah kendurinya 6hb di jalan bagan datoh (sori dek non, tak dapat gi larr).. anak big boss en. norzam kenduri 14hb jun.. entah sempat pegi ke tak sebabnyer minggu tuh jugak sedara en. m kat kampung pun ada kenduri.. minggu yang kemudiannya pulak bos kat atas aku tuu (seperti dalam carta) pulak wat majlis nyer.. minggu yang sama jugak kenduri kawen anak pak cik brahim (ex-driver PKE).. then hujung bulan jun jugak nanti sepupu aku pulak menikah kat masjid as-siddiq bangsar..

hhrrmm.. nampak gayanya, makan free ler sepanjang weekend bulan jun nanti nih.. ;)

papepun, i would like to say thank you to alin’s hasben sebab extend his stay at KJ sampai my wedding day.. sian kat aku katanya.. nanti orang kuat tak cukup pulak nak tolong angkat-angkat barang.. ok jugak dia ada, leh tolong en. m basuh priok nanti yek.. hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...