Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

25 Mei 2009

menghitung hari


baju nikah


Diam tak diam, tinggal lebih kurang beberapa hari saja lagi status diri ku akan berubah.. gelaran cik bertukar menjadi puan..

Selama nih tanggungjawab lebih pada mak dan abah.. selepas 30 Mei nanti, tanggungjawab pada suami lah perlu diutamakan..

Aku akan mula bercuti pada 28 mei nanti hingga 16 Jun.. amboi aii!! Lamanya cuti.. well, nak wat camner.. cuti aku banyak.. dah ditolak cuti kahwin nih pun, cuti aku tahun nih masih berbaki 23 hari lagi.. klu boleh dijual cuti tuh, nak jugak aku jual pada sesaper yang nak..
Tapi.. oklah kan.. mulai tahun nih, aku dah ada kampung nak balik bila time raya.. nak tak nak, terguna juga cuti yang ada nanti..

Sepanjang bulan jun nanti pun, ramai sedara dan kenalan yang akan bernikah.. marwiah kendurinya 6hb di jalan bagan datoh (sori dek non, tak dapat gi larr).. anak big boss en. norzam kenduri 14hb jun.. entah sempat pegi ke tak sebabnyer minggu tuh jugak sedara en. m kat kampung pun ada kenduri.. minggu yang kemudiannya pulak bos kat atas aku tuu (seperti dalam carta) pulak wat majlis nyer.. minggu yang sama jugak kenduri kawen anak pak cik brahim (ex-driver PKE).. then hujung bulan jun jugak nanti sepupu aku pulak menikah kat masjid as-siddiq bangsar..

hhrrmm.. nampak gayanya, makan free ler sepanjang weekend bulan jun nanti nih.. ;)

papepun, i would like to say thank you to alin’s hasben sebab extend his stay at KJ sampai my wedding day.. sian kat aku katanya.. nanti orang kuat tak cukup pulak nak tolong angkat-angkat barang.. ok jugak dia ada, leh tolong en. m basuh priok nanti yek.. hehehe..

14 Mei 2009

camner leh jadi ekk?

semasa edar kad pada rakan-rakan sesektor, puan mahizan tanya, camner kitorang (aku ngan en. m) leh menjadi nih?
errmm.. malu pulak nak citer kat puan.. aku jes kata, "puan tanya kat yang lelaki yek".. apa punyer jawapan ler..

rasanya, mungkin itu yang berlegar di fikiran rakan-rakan yang mengenali kami.. camner ler tetiba menjadi pulak kitorang nih?

pada yang tau citer, tau lah kisahnyer..

klu nak diikutkan, panjang citer nyer.. nak menulis, jadi novel pulak nanti.. but, ekceli secara ringkasnya, kisah kami nih bermula since 2002 lagi.. lepas-lepas tuh pernah juga berkali-kali kami kuar berdua, tapi maybe masing-masing ego kot.. saling tidak mahu mengakui yang masing-masing saling menyukai..

apapun, apa yang berlaku ada hikmahnya.. Allah membiarkan kami bertemu dan berkawan dengan orang lain dulu..

tup tup, jodohnya depan mata juga!

doa dan harapan ku semoga ikatan pernikahan yang akan dibina nanti akan berkekalan ke akhir hayat.. amin..

kawan-kawan doakan lah untuk kami juga ye! ;)

07 Mei 2009

tomok


apa kes tetiba entri kali nih pasal tomok pulaks? aku bukan ler nak citer pasal tomok dan kemenangannya dalam OIAM hr tuh.. tapi aku nak citer pasal ikan laga yang baru aku bela...

ekceli, aku pun bukan sengaja nak bela ikan nih.. entah apa citer, semalam, tetiba sume staf kat opis nih dibagi sorang sekor ikan laga untuk dijaga.. well, aku bukannya tak de experience bela ikan, cumanya dulu yang bela bapak aku..

ini kira festime lar aku bela ikan sendiri.. walaupun sekor, tapi cam best jugak.. pagi tadi masa datang opis, aku greet dulu ikan tuh, pastuh terus terpikir nak bagi nama dia tomok.. bukan sebab aku minat tomok okey.. (btw, camner nak tau ikan tuh jantan or tino?)

hrrmm.. papepun, to welfare biro of KKMQA, d idea of distributing d ikan laga is interesting lah.. bagus.. leh semaikan semangat cintakan dan sayangkan haiwan..
photos will be uploaded tomorrow.. :)



tadaaa... inilah tomok ku!



ini ikan laga en. m.. aku yang pilih.. ;) belum ada nama lagi..

04 Mei 2009

panas

errmm.. panas..
badan aku tak panas walaupun aku tak sihat nih.. panas dalam jer..
cuaca kat luar panas.. dan terik..
suhu kat dalam opis, sejuk.. tapi 'panas'.. banyak dosa nih.. huhu..


"Panas, panas, panas, panas badan ini..
Pusing, pusing, pusing, pusing k’pala ini .."
lirik lagu - nakal by gigi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...