Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

24 Februari 2013

walau hanya seekor kucing

Assalamualaikum.

Saya memang berhasrat nak tulis tentang seekor kucing jantan yang asalnya datang bertandang ke rumah kami dengan ibunya tatkala ia baru berusia lima bulan. Saya gelarkannya chembey.. yang asalnya dari perkataan orang perak - chemei. Sebabnya, mata sebelah kiri chembey macam ada selaput, yang mungkin menyebabkannya rabun. En. Miorku kata chemei tu macam rabun.

Setiap kali chembey datang singgah ke rumah, saya akan pastikan akan ada makanan untuk dia dan ibunya. Lebih kurang dua tiga minggu jugalah macam tu. Tapi kami hanya benarkan chembey saja yang masuk rumah. Ibu dia kami bagi sampai dekat tangga atau kat depan pintu je. haha.

Pernah satu ketika, chembey tidak datang bersama ibunya yang sedang hamil lagi tu. Selang beberapa hari kehilangannya, ia muncul kembali. Tetapi sendirian. Sejak itu chembey kerap berada di rumah. Bebas keluar masuk rumah kami. Biasanya malam sabtu (kalau saya tak tidur di KJ) dan malam ahad, kami akan beradu di ruang tamu depan tivi. Pintu sliding ruang tamu sengaja dibukakan sedikit untuk memudahkan chembey untuk keluar masuk.. Membolehkannya tidur bersama-sama kami.

Seminggu yang lalu, chembey kurang selera makan. Biskut kucing yang saya bagi tidak habis macam selalu. Chembey akan makan kalau diberi ayam atau serunding saja. Kalau tidak sebelum ini, bagi apa saja, pasti chembey akan makan.

Chembey suka tidur. Macam saya! Dan saya sangat suka tangkap gambar kalau chembey tido. pastu post dalam instagram!



Tapi, sekarang saya sudah tidak berpeluang untuk tangkap gambar chembey tido lagi.. Sebab... chembey telah pergi bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Chembey telah ditemui mati, terbaring atas jalan raya... depan rumah jiran berhampiran, sewaktu kami pulang dalam kehujanan dari pejabat rabu lalu. Kesian chembey.. Kenapa dia tidak mati depan rumah saya? Kalau dia mati depan rumah saya, pasti bangkai dia dapat saya tanamkan dengan sempurna.. Saya hanya melihat dari jauh bangkai chembey terbaring dalam hujan yang mencurah turun ke bumi..

Hilangnya chembey bermakna tiada lagi teman yang akan menemani saya tatkala en. miorku bekerja di hujung minggu.. tiada lagi teman yang akan menemani tatkala saya sedang sidai kain baju. tiada lagi si  pengacau tatkala kami sedang menikmati hidangan atas meja. Tiada lagi kucing jantan bertelo hitam yang akan berlari mengejar kami tatkala mendengar enjen motor setiap kali kami pulang dari kerja.. tiada lagi...

 

Walaupun chembey hanya seekor kucing.. namun kehilangannya tetap dirasai.. tetap ditangisi.. sebagaimana saya menangis tatkala terpaksa berpisah dengan mira dan anak-anaknya...

Walau hanya seekor kucing.. namun ia tetap makhluk ciptaan-Nya yang paling ku sayangi..

18 Februari 2013

Buku Rujukan Peperiksaan KPSL N27

Assalamualaikum.

Semalam saya dah share buku rujukan untuk peperiksaan KPLS N41. Yang ini pula adalah senarai tajuk buku rujukan yang diperlukan untuk Peperiksaan KPSL N27:


Pastikan pekeliling adalah terkini.

Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor 

Bahagian II – Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 

 

Bahagian III – Undang-undang Umum 
a. Perlembagaan Malaysia Bhg. III, IV dan V
b. Akta Pencen (1980) dan Peraturan- peraturan Pencen 1980
c. Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Semoga membantu!

17 Februari 2013

Buku Rujukan Peperiksaan KPSL N41

Assalamualaikum.

Entri kali ini saya nak kongsi buku rujukan yang diperlukan oleh calon peperiksaan KPSL N41. Kot lah ada yang tak pasti buku mana nak bawa masuk exam nanti kan...

Lebih bagus dapatkan buku rujukan yang terkini. Banyak pekeliling baru telah dikemaskinikan.

Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor 
a. Perintah Am (Bab A - G)
b. Arahan Perbendaharaan
c. Tatacara Pengurusan Stor (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009)
d. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan (yang sedang berkuatkuasa)
e. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan (yang sedang berkuatkuasa)




Bahagian II – Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam


Bahagian III – Undang-undang Umum 



a. Perlembagaan Malaysia Bhg. III, IV dan VI
b. Akta Pencen (1980) dan peraturan-peraturan Pencen 1980
c. Akta Kumpulan Wang simpanan Pekerja, 1991
d. Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 1991
e. Kanun Tanah Negara, 1965 Akta No. 56/1965
f. Akta pengambilan Balik tanah, 1960 Akta No. 34/1960
g. Akta Kontrak 1950 Akta No. 136/1950
h. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694
i. Akta Pilihanraya, 1958 Akta No. 19
j. Election (Registration of Election) Regulation, 1971 – P.U (A) 326/1971
k. Election Offences Ordinance, 1954 (Disemak 1969) – Act No. 5
l. Election (Conduct of Election) Regulations 1981 – P.U.(A) 386/1981

 * Pesanan AF :  
  •  Untuk rujukan PKPA, jangan lupa print pekeliling terkini yang boleh dirujuk dari laman MAMPU.
  • AF suka guna buku terbitan LBS. Kalau ada bajet, better beli buku sendiri & yang terkini. Kalau tak, pinjam aje dari library atau kawan-kawan.. :)
  • Semasa di dewan peperiksaan, jangan bawa nota slaid ok. Print terus dari pekeliling dibenarkan.
Nanti saya kongsikan pula buku rujukan untuk peperiksaan KPSL N27.

14 Februari 2013

roti piza segera

Assalamualaikum.


Nampak tak menarik tapi sedap tau!


Ini resepi untuk menghabiskan stok makanan yang ada. bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk seorang makan:

2 keping roti
baki sos spaghetti (yang saya guna ni jenama kimball)
sosej
boleh tambah lain-lain bahan ikut stok yang anda ada.. hehe

cara membuat:

sapukan roti dengan sos spagehetti.
kemudian taburkan sosej dan bahan-bahan yang anda suka. kalau ada cheese lagi sedap kot.
kemudian bakar dalam oven dalam beberapa minit. kalau tak ada oven, boleh jer bakar dalam pan yang bertutup. sapu sedikit minyak zaitun pada pan sebelum bakar.

roti piza sedia dimakan. sedap makan masa masih panas. rangup!

13 Februari 2013

jjcm : fig & olive

assalamualaikum.

Hujung bulan lepas, kami suami isteri telah berjalan-jalan ke Sunway Pyramid setelah beberapa lama tidak menyinggah di situ.

Alang-alang dah ke sana, kami pun singgah jalan-jalan cari makan ke Fig & Olive untuk menikmati juadah makan tengah hari. Lagi satu faktornya sebab tertengok rancangan Safiyya yang pernah buat liputan pasal restoran ni. Restoran Fig & Olive ni terletak di level LG Marakesh, Sunway Pyramid.

Masakan yang disajikan adalah masakan Mediterranean yang berasaskan minyak zaitun.


Ini yang saya order. Chicken Pesto Carbonara.


RM19.90

Ini yang en. miorku order - Mediterranean Chicken Olive Rice (kalau tak silap namanya lah k).

RM21.90

Air yang saya order adalah orange jus. En. miorku order Moroccan tea. Yang agak mendukacitakan, orange jus tak rasa jus asli. tapi rasa cam kordial saja. Tak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

RM5.50 (Orange Jus), RM4.00 (Moroccan Tea)

Kesimpulannya, rasanya biasa sahaja. Tidaklah sedap sangat. Tetapi untuk mencuba sesuatu yang lain, kira oklah ni.

12 Februari 2013

Daun dari mekah

Assalamualaikum.

Hari ini kakak ipar saya iaitu kakak en. Miorku baru pulang dari tanah suci. Saya tidak ikut serta semasa en mior ke klia menjemput mereka sekeluarga pulang. Bimbang kereta tak muat nanti.

Bila balik, en. Miorku tunjukkan sebekas kecil daun kering yang dikirim kakaknya untuk kami minum. Menurutnya daun tersebut baik untuk mereka yang menginginkan zuriat / untuk kesuburan. Saya tanya apa nama daun tu en. Miorku pun tak tahu.

Saya cuba tanya en. Google. Ada jumpa pasal daun nabik, senna mekah dan daun siddir. Tapi tak pastilah adakah ini daun yang sama seperti yang kami terima ini.

Kaedah meminumnya adalah dengan menumbuk sedikit daunnya, kemudian minum bersama-sama air suam dicampur dengan air susu yang kurang manis. minum ngan susu tepung pun boleh. Sebaiknya dibacakan dengan doa yang bersesuaian dengan hajat.

Kalau rakan pembaca ada maklumat, bolehlah kongsikan di ruangan komen ye. Terima kasih.

01 Februari 2013

Berhujung minggu di rumah ibu

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu ini dihabiskan di rumah mak saja.. En. Miorku tiada. Perlu bertugas di luar daerah hingga ahad. Boring pulak rasanya bila kawan bergado plus bantal peluk tak de.. Hihi..

Tinggalah si chembey kucing datang belaan tak rasmi kami tlg tgk rumah.. Tertunggu agaknya dia mana kami tak balik2 ni..  kesian dia tak dapat nak bermanja dengan kami dua tiga mlm ni.. Harapnya jiran sebelah ada  bagi makan. Kebulur pulak chembey nanti.. Tetiba rindu kat si chembey.. Ini baru kucing. Klu berpisah kejap ngan anak sendiri cam tu lah kot rasanya ye.. Itu pun masih ada ibu2 yg Allah bg rezeki mudah hamil.. Main buang je baby bila tak nak kan?

Hurm.. K lah.. Tu jer coretan buat malam ini. InsyaAllah akan bersiaran isnin nanti..

Wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...