Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

30 Mei 2011

dua

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Alhamdulillah.. hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Syukur pada Allah atas kurniaanNya ini. Cabaran dan dugaan alam perkahwinan diharungi dengan penuh tekad dan redha. Walaupun masih belum menimang cahaya mata, kami tetap bersyukur dan pasrah. Pasti Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik buat kami..

Tiada ungkapan madah cinta terbit dari bibir,
Tapi dalam hati cinta tetap membara..
Sayang tidak perlu diungkap,
Tanggungjawab menjadi pelengkap..

Ya Allah, ku mohon padaMu.. Kau panjangkanlah usia perkahwinan kami ini sehingga akhir hayat kami.. Tabahkanlah hati kami dalam mengharungi kehidupan ini dengan penuh kesabaran.. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh.. Amin.

25 Mei 2011

tulis

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

rindunya sudah lama tidak menulis.. dalam tempoh tidak update apa-apa entry pun, masih ada yang sudi follow saya.. terima kasih.. terharu rasanya..

sekarang ini, saya mahu memperbaiki penulisan saya.. dalam dunia blog ini, saya mahu menulis menggunakan bahasa  sebaik-baiknya.. elak menulis dengan perkataan berupa singkatan.. elak terikut dengan budaya penulisan alam siber sekarang..

dan.. saya mahu cuba menulis.. lebih dari hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...