Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

27 Februari 2009

selawat syifa'


"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya."




Zikir 4 (Selawat Syifa) - Hijjaz

25 Februari 2009

penilaian hari ini II

penilaian dan pengajaran hari ini :
sentiasa ALERT akan tugas-tugas hakiki kita...

cam hari nih, tak pasal-pasal my ex-boss the beautiful lady pn. hana kene panggey ngan big boss.. pasal ada report kene hantar b4 end of january ke jabatan induk kitorang tak wat.. maklumlah, masing2 dalam unit aku nih orang baru amik alih keje yang sedia ada.. pastu lak kak hana dah pindah unit.. mana nak tau benda2 tuh sumer.. yang orang kew. lak gi hantar kat dia ajer.. cubalah hantar kat aku ngan bos besar aku ke, leh arr kitorang amik tindakan awal2.. (ermm.. bila dah jadi cam nih muler ler nak cari salah org ekk.. biasalah tuh)


so, kak hana ajak aku ngan ex-pegawai yang wat laporan tuh dulu (kak iza)... makanya, siaplah jugak laporan tersebut d hantar ke jabatan induk...

ermm.. so, moral of d story, klu dah pindah unit, silalah wat nota serah tugas yer.. hihihi... pastuh, rajin2 lah baca fail2 yang berkenaan untuk mendapat flow tugas2 hakiki kita...

sekian untuk hari ini...

p/s : sib baik saya tak gi kursus tuh kak... dapat rasa experience nih.. :)

20 Februari 2009

keputusannya ...

jeng.. jeng.. jeng...

"Keputusan Temu Duga : Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini."

huhuhu.. sedey ker? errmm.. ekceli, aku pun tak lah mengharap sangat.. (yo yo ooo jer..) tak kisahlah.. maybe sudah tertulis rezeki ku akan sentiasa di sini... bertemu jodohnya di sini dan mungkin pencennya juga di sini...
ini adalah bermakna.. aku akan selalu berada 'dekat' ngan bakal suami ku laa... ngeh ngeh ngeh... (ermm.. dekat tapi jauh.. walau opis sebumbung, kami jarang bertembung.. walau satu tempat kerja, kami jarang bersua..)

apapun.. well.. life goes on...

18 Februari 2009

penilaian hari ini

macam mana yer untuk menjadi seorang penyelia yang baik?

adakah kerana aku bermula dari bawah, maka agak payah untuk aku memberikan arahan yang sepatutnya pada kakitangan yang ada di bawah?

adakah kerana aku orginally bermula di sini, (yang diketahui asal usul lantikkannya dulu setaraf) maka 'respect' sebagai penyelia adalah kurang? (ini masalah aku sejak jadi CC dulu lagi nih...)

atau.. aku perlu belajar untuk memberi arahan instead of meminta tolong?
(takkan nak bagitau jugak yer? faham-faham sendirilah bagaimana nak membahagikan tugas-tugas yang diarahkan oleh bos-bos yang ramai...)

errmm...

15 Februari 2009

yang depan mata jua...



Mulanya antara kau dan aku tiada apanya,
Impian untuk bersama tiada dalam kamus hidup kita,
Omongan kosong hanyalah biasa,
Rentetan kita tidak punya rasa cinta...

Atas hakikat rasa suka yang sememangnya ada,
Harus kau dan aku akui jua akhirnya,
Menjalin cinta seadanya kita,
Akan cara kita yang tersendiri,
Diriku dan dirimu hampir bersatu kini...

Tiap hari ku membilang hari,
Impian hidup bersama semakin menghampiri,
Sayang dipupuk mekar setiap hari,
Nantinya detik dan saat bakal dilalui,
Indahkah saat itu nanti?
Debar hati makin terasa,
Aku gentar, namun teruja...

12 Februari 2009

akan tiba-ost rona roni makaroni

korang yang tengok citer rona-roni makaroni tau ler lagu nih.. aku pun jarang nengok citer tuh.. tapi, lagu dia cam best.. layan jer laa ye..


hey..hati ku..
selalu
mendambakan cinta namun tak kunjung tiba
hatimu itu
seperti apa yg ku mahu selama ini..

mmm.. Emm..
ertikanlah pagi ku yg kaku
tanpa kamu

kau ku cinta,engkaulah yg ku puja..
tertunggu selama ini takku jumpa
dgn mu ku di lamun indah
ku harap cinta akan tiba
di hati kita..

lihat kamu tak ku sedari
waktu dah mulai tinggalkan ku..
kau kau kau..
buatku lupa
mengapa ku disini pada mulanya
ertikanlah
malam ku yg sayu dingin tanpamu
setiap hari bersama mu
ku ingin selalu dekatmu
ku hitung saat dan waktu..
hingga hari esok kembali lagi..
hingga hari esok kembali lagi..

07 Februari 2009

cari wang di internet

best tajuk tuh kan? kalau lah mencari wang itu sungguh mudah..
memang mencari wang itu mudah jika kene caranya...

cari wang di internet.. hhrrmm.. sejak 2006 lagi saya begitu berminat melawat dan membaca forum-forum tentang perniagaan di internet dan blog-blog usahawan internet.. tapi, baca setakat bacalah.. saya masih tidak mengambil tindakan akan apa yang saya baca..

antara forum yang boleh anda lawati untuk mengetahui mengenai perniagaan di internet, boleh lah lawat site ni - wang cyber..

... nanti ada masa citer lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...