Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

31 Disember 2011

2012 : Sebelum 5 perkara...

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Kurang 30 minit lagi tahun baru 2012 akan menjelma.. Bermakna En. Miorku akan bertambah setahun lagi usianya.. Tempoh beliau telah lahir dan bernyawa di dunia ini.. Selamat hari lahir, abang...

Bertambah usia kelahiran, juga bermakna, tempoh untuk hidup berkurang setahun lagi, kan? Bercerita tentang hidup, pasti kita akan melalui kematian suatu hari nanti.. Bersediakah kita dengan 'bekalan' bagi kehidupan yang satu lagi itu andainya kita tidak sempat untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran pada tahun berikutnya?

Emak dan cucu sulungnya.. Rahman


Ini emak saya.. Emak akan memasuki usia 65 pada tahun 2012 nanti.. Semalam, emak telah melalui pembedahan membuang jari kelingking kaki kanannya setelah dinasihatkan oleh doktor.. Nasib baik kakak saya yang sulung tegur tentang kaki emak yang berdarah.. Kalau tidak emak akan terus buat tidak tahu tentang jari kakinya yang sudah kehitaman itu.. Sebenarnya, kaki emak telah terkena jarum suntikan insulinnya 5 hari sebelum emak di bawa ke hospital. Itupun, semasa di hospital baru emak maklumkan pada kakak saya.. Alahai emak..

Tahun ini sahaja sudah dua kali emak dimasukkan ke hospital.. Beberapa bulan lalu, mak dimasukkan ke wad disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.. Penyakit kencing manis sudah sebati dalam diri emak.. Sebabnya, emak sudah menghidapi penyakit tersebut lebih daripada 10 tahun.. Bukan itu sahaja, emak juga menghidapi penyakit darah tinggi dan lemah jantung.. Pembedahan 'bypass' telah pun dilalui oleh emak beberapa tahun yang lalu.. Itu kisah emak saya dan penyakit yang dihidapinya.. Kalau hendak cerita lagi memang panjang kisah emak..

Emak memang seorang yang pandai masak.. Emak kalau masak, memang sedap. Tapi, emak kalau masak makanan yang berminyak, minyak tu boleh dicedok dan buat goreng benda lain pulak. Melonak-lonak orang melaka kata..

Punca penyakit begini biasanya adalah datang daripada perut.. Kalau sudah berkaitan dengan perut maknanya datangnya juga daripada makananlah kan...

Apa yang berlaku pada emak, sangat memberi pengajaran kepada saya.. Sebab itu kalau saya memasak, saya akan cuba kurangkan penggunaan minyak selagi boleh.. Biarlah tidak cantik atau berkilat sambal atau kari yang saya masak sebab kurangnya minyak.. Tidak mengapalah asalkan ia tidak membawa penyakit 'tiga serangkai' di masa akan datang..

Sempena tahun 2012 yang akan menjelma ni, sama-samalah kita cuba kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan tinggi garam.. Amalkanlah pemakanan yang sihat.. Rajin-rajinlah bersenam (azam tahun 2012!)..

Sesamalah kita beringat.. Hargailah nikmat yang Allah berikan ini dengan menjaga kesihatan kita sebaiknya.. Seperti yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”
Akhir kata, selamat tahun baru 2012 buat para pembaca blog Ana Farha. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan seribu kebahagian, kesejahteraan dan kegembiraan pada kehidupan kita semua... Amin..

29 Disember 2011

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog by Kiz.Mari Join!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Baru berpeluang nak update blog selepas hampir seminggu berada di rumah baru. Kat tingkat bawah tak dapat signal network.. duk kat bilik atas baru ada.. itupun.. alahai.. cukup makan saja.. huhu..

Oklah.. entri sebelum tahun baru 2012.. Mari join segmen anjuran kizz garden ni..


 Syarat-syarat penyertaannya sangat mudah.. Saya suka..


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment

6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

18 Disember 2011

kad kahwin moden

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Hujung tahun @ masa cuti sekolah ni adalah masa untuk makan free di hujung minggu.. makan free kenduri kahwin lar.. maknanya, jemputan ke kenduri kahwin mestilah menggunakan kad kahwin, ye tak?

Beberapa hari lepas, en. miorku mendapat jemputan kahwin dari rakan lamanya. Masa buka sampul jemputan, tengok-tengok ada cek.. Ehh.. ingatkan bagi cek bebetul... rupanya kad jemputan kahwin.. Amboi.. Macam-macam stail dah kad kahwin sekarang ye.. Makin kreatif..

17 Disember 2011

upin & ipin

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Semalam petang, Unit Pusat Sumber opis saya anjurkan Hari Kanak-kanak khas untuk anak-anak warga agensi.. Punya lah ramai bebudak dalam dewan.. Itu baru sikit je tu tak semua yang datang semalam.. Kalau kumpul semua anak-anak, mahu bergegar dewan kami yang sekangkang kera tu.. huhu..

kredit foto : norazian


Acara yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak umur 6-12 tahun.. Acara kemuncak adalah kehadiran Upin dan Ipin.. Yang kelakarnya, mak-mak budak yang over nak bergambar ngan upin dan ipin.. Anak dara dan mak dara cam saya ni pun terlupa diri sekejap.. hoho.. Ala.. saja suka-suka, kan..

AF : Tumpang seronok tengok gelagat anak-anak rakan sepejabat... Bila lah ada peluang nak tengok gelagat anak sendiri pula..

16 Disember 2011

nasihat hijab untuk para wanita

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Nasihat untuk kita.. wanita..





Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu.

08 Disember 2011

Larian Jom! Kitar Semula 2011

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Tarikh : 18 Disember 2011 (Ahad)
Tempat : Laman 1 Malaysia. Precinct 2, Putrajaya, Kuala Lumpur Malaysia

Jom daftar di SINI.

sumber foro : hot.fm

Tarikh tutup pendaftaran : 10 Disember 2011 (Sabtu)

07 Disember 2011

06 Disember 2011

jangan putus asa!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Adakalanya bila sesuatu yang kita inginkan tidak kita dapat, kita pasti akan mudah putus asa, kan?
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada.. Sekiranya kita benar inginkan sesuatu itu, selain berdoa kita harus perlu berusaha..

Semalam saya telah mengikuti Konvensyen AKRAB ke-2 di Perbadanan Putrajaya. Semasa pembentangan oleh Dr. Ruziati, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA tentang Transformasi Minda AKRAB, beliau telah mempertontonkan kepada kami video ini.



Derek Anthony Redmond (born 3 September 1965, in Bletchley, Buckinghamshire, England) is a retired British athlete. During his career, he held the British record for the 400 metres sprint, and won gold medals in the 4x400 metres relay at the World Championships, European Championships and Commonwealth Games.

However his career was blighted by a series of injuries, and he is best remembered for his performance at the 1992 Olympic Games in Barcelona where he tore his hamstring in the 400 metres semi-final but fought through the pain and, with assistance from his father, managed to complete a full lap of the track as the crowd gave him a standing ovation. The incident has become a well-remembered moment in Olympic history, having been the subject of one of the International Olympic Committee's 'Celebrate Humanity' videos and been used in advertisements by Visa as an illustration of the Olympic spirit and featured in Nike's "Courage" commercials in 2008. Source - Wikipedia

Saya sebak tatkala menonton video ini. Terutamanya bila melihat saat bapanya datang memaut bahunya dan membantu beliau hingga ke garisan penamat..

Bagaimana agaknya kalau saya berada dalam keadaan itu? Mungkin saya akan terus terduduk di balapan... Menunggu untuk menerima bantuan sambil mengerang kesakitan..

Untuk itu kawan-kawan.. Apabila kita menghadapi sesuatu kesusahan atau kesulitan, janganlah kita mudah berputus asa. Bangkitlah dan berusahalah! Insya-Allah, pasti kita akan berjaya mengatasinya..

Ingatlah DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal..

04 Disember 2011

skim baru perkhidmatan awam

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

http://www.interactive.jpa.gov.my/sbpa/
Ramai kakitangan kerajaan sedang menunggu akan edaran pekeliling baru SBPA ini. JPA pun sekarang ni sedang bertungkus lumus memberikan taklimat pelaksanaan SBPA kepada semua kementerian tentang skim ini.

Dikepilkan status facebook Tan Sri KPPA :


It's not the salary that i'm concern about (spiking jermen lah pulak..) tetapi.. pelaksanaan perkhidmatan dalam skim tersebut yang ingin saya ketahui dengan lebih lanjut.. tentang 'exit policy', penilaian LNPT dan sebagainya.. Biasalah bila ada perkara baru, pasti ada yang menerima, ada yang tidak. Setiap sesuatu yang dilaksanakan itu, pasti ada pro dan kontra nya. Boleh baca lagi kat sini.

Saya tak mahu nak pening kepala baca @ dengar versi cerita, pemahaman dan pendapat yang macam-macam sebelum pekeliling dikeluarkan. Saya mahu tunggu taklimat oleh BPSM dan seterusnya baca pekeliling yang akan diedarkan kelak.

AF : Redha dan pasrah. Rezeki Allah ada di mana-mana dan sangat luas.

ikan goreng berlada

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


Just wanna share a simple recipe, sesuai untuk mereka yang sibuk atau tak tahu nak masak apa atau bahan memasak yang terhad atau malas nak masak.. hihi..

Bahan-bahan:

Ikan termenung - dibersihkan.. Kemudian, dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.

Cili masak dan bawang merah - dipotong kecil dan ditumbuk. (halus atau kasar ikut suka lah ye).

Cara memasak:
Tumiskan cili yang sudah ditumbuk. Kacau hingga garing. Masukkan sedikit garam untuk perasa. Kemudian masukkan lah ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau sekejap. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Cepat dan senang.

03 Disember 2011

buah zuriat

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Maklumat tentang buah zuriat. Diperolehi daripada seorang ustaz.


Berikut adalah serba sedikit maklumat tentang buah zuriat:
  • Warnanya coklat pekat, ada isirungnya dan isi putih.
  • Buah zuriat juga dikenali dengan panggilan Buah Hawa.
Khasiat Buah Zuriat

Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah s.w.t) adalah dapat mendatangkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Kulitnya amat keras. Untuk memudahkan membelah buah ini, anda perlu menggunakan gergaji besi. Rupa dalamnya sama seperti sabut kelapa.


Kaedah dan cara minum buah zuriat

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Namun, sekurang-kurangnya sebiji buah dibelah kepada dua. Rebus biji dan isirungnya sekali, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan disarankan diminum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulang kali sehinggalah air rebusan bertukar warna menjadi putih kembali, baru diganti dengan buah yang baru.

Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah, diikuti dengan petikan ayat 38 surah Al-Imran sebanyak 3 kali.

رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنۡ لَّدُنۡكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً‌ ‌ ۚ اِنَّكَ سَمِيۡعُ الدُّعَآءِ‏ 


Maksud ayat : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (Menerima) doa"

(Doa mendapatkan zuriat ini juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran, Ayat 200 dan Surah Al-Anbiya ayat 89)

Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga boleh digosok-gosok ke sendi-sendi yang sakit. InsyaAllah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.

02 Disember 2011

Planner 2012 - MS Excel

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Saya ada sediakan template Planner Tahun 2012 dalam format Microsoft Excel. Dah siap ada tanda pada tarikh cuti umum Persekutuan dan Negeri Selangor juga tarikh cuti sekolah (Selangor). Bolehlah anda merancang aktiviti anda tahun 2012 dengan adanya planner ini.

Kalau ada yang berminat, boleh download kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...